Mangsa kemalangan dapat perhatian Rajasekaran

SRI TANJUNG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, YB Dr.G.Rajasekaran telah menziarahi seorang mangsa kemalangan di Taman Indera Bayu, Port Dickson.
“Saya telah menziarahi Saudara Norazizi Nordin bagi menyantuni beliau dan keluarga beliau yang sedang menghadapi kesulitan.
“Beliau terlibat dengan sebuah kejadian kemalangan baru-baru ini yang melibatkan lori.
“Kemalangan ini menyebabkan keretakan kepada tengkorak kepala beliau.
“Beliau juga mengalami masalah pernafasan.
“Justeru itu, saya telah menyumbang sebuah kerusi roda untuk memudahkan ahli keluarga menguruskan pergerakan beliau,” kata Rajasekaran.
Rajasekaran juga telah berbincang dengan Mohd Badran iaitu anak kepada Norazizi dan ahli keluarganya bagi memahami keperluan mereka bertujuan merancang bantuan susulan yang boleh disediakan.
“Terima Kasih juga kepada Mykasih Care PD di atas sumbangan anda,” ujar Rajasekaran.