BeritaMenarik

Mangsa ribut dapat perhatian Rajasekaran

SRI TANJUNG: Mangsa kejadian ribut, Encik Abd Rahman menerima sumbangan kewangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, YB G.Rajasekaran.

“Sebahagian bumbung rumah Encik Abd Rahman rosak dihempap pokok tumbang akibat ribut.

“Saya telah menasihatkan mangsa membuat tuntutan bencana kepada Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson (PDTPD),” kata Rajasekaran.

Rajasekaran berkata, apabila berlaku bencana seperti pokok tumbang, ribut, tanah runtuh, banjir, dan kebakaran perlu mengambil langkah-langkah seperti berikut:

* Mengambil gambar kejadian

* Membuat laporan di Balai Polis yang berhampiran berkaitan bencana yang dialami

* Perlu mendapatkan borang bencana dari Ketua Kampung / Penghulu atau Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson, isi borang dan sertakan salinan berikut:

(a) 𝙎𝙖𝙡𝙞𝙣𝙖𝙣 𝙡𝙖𝙥𝙤𝙧𝙖𝙣 𝙗𝙖𝙡𝙖𝙞 𝙥𝙤𝙡𝙞𝙨
(b) 𝙎𝙖𝙡𝙞𝙣𝙖𝙣 𝙠𝙖𝙙 𝙥𝙚𝙣𝙜𝙚𝙣𝙖𝙡𝙖𝙣
(c) 𝙂𝙖𝙢𝙗𝙖𝙧-𝙜𝙖𝙢𝙗𝙖𝙧 𝙠𝙚𝙟𝙖𝙙𝙞𝙖𝙣

“Semoga penerangan ini dapat membantu dan memanfaatkan kepada masyarakat yang ditimpa dalam bencana-bencana yang akan datang.

“Terima Kasih kepada UITK dan Landskap MPPD atas tindakan tuntas mengalihkan pokok yang tumbang,” kata Rajasekaran.

Turut hadir, Pengerusi JPKK Kampung Paya, Puan Vagidah dan Ahli Majlis Perbandaran Port Dickson, Encik Faizal.

Show More

Related Articles

Back to top button