Berita

Mantan Mufti Negeri Sembilan meninggal dunia

SEREMBAN:Mantan Mufti Negeri Sembilan, Sahibus Sa’adah Dato’ Mohd Yusof Ahmad telah meninggal dunia di rumahnya semalam.

Difahamkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 7.43 malam.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Terima kasih di atas segala sumbangan dan bakti sepanjang berkhidmat sebagai Mufti Negeri Sembilan dan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Haji Mohd Said.

“Semoga roh Allahyarham diampuni dosanya dan diletakkan dalam kalangan orang beriman,” kata Aminuddin.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan pagi tadi di tanah perkuburan Makam Haji Said, Seremban.

 

Show More

Related Articles

Back to top button