Berita

Masalah bau busuk akan diatasi segera

LENGGENG: Masalah bau busuk yang mengganggu penduduk setempat di Kampung Sompo akan diatasi segera.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, YB Mohd Asna Amin berkata, masalah bau busuk tersebut berpunca daripada tempat pembuatan baja bersebelahan.

“Setelah diteliti, sisa-sisa toksik untuk membuat baja dibiarkan terdedah dan dibuang begitu sahaja tanpa ada pengurusan pembuangan sisa toksik yang betul.

“Lebih menyedihkan, apabila pemilik rumah berdekatan sering sakit akibat pencemaran ini.

“Sehinggakan makanan menjadi cepat basi dan dihurung lalat serta ulat.

“Saya akan meminta Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan untuk memantau sekiranya terdapat perkara yang tidak menepati piawaian.

“Difahamkan kawasan sungai berdekatan juga sudah tercemar akibat kilang berdekatan.

“Sekaligus menyebabkan kawasan perumahan sekitar terjejas,” kata Mohd Asna.

Show More

Related Articles

Back to top button