Berita

Masjid pusat penyatuan ummah

GEMAS: Masjid Jamek Gemas telah dipilih sebagai destinasi ke-2 Kembara Mimbar Solat Jumaat bersama Pegawai Agama Islam Daerah Tampin.

Program ini turut diserikan dengan sesi ramah mesra bersama Ahli Jawatankuasa Masjid sebagai platform untuk memperkukuh hubungan silaturahim serta bertukar pandangan berkaitan pengurusan dan peranan masjid dalam masyarakat setempat.

Inisiatif Kembara Mimbar Solat Jumaat ini merupakan sebahagian daripada perancangan tahunan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) bagi tahun 2026 yang bertujuan merapatkan hubungan kepimpinan agama dengan masyarakat di peringkat akar umbi.

Selain itu, program ini juga berperanan memperkukuh fungsi masjid sebagai pusat penyatuan ummah serta pemangkin kepada pembangunan rohani dan sosial masyarakat.

 

Show More

Related Articles

Back to top button