Melawan penggunaan dadah dalam kalangan belia dan mencegah kematian

PUTRAJAYA: Sebagai langkah segera bagi memastikan keselamatan belia dan pengunjung konsert, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menyusun penambahbaikan SOP penganjuran konsert, khususnya bagi genre ‘Electronic Dance Music’ (EDM).
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, kementeriannya telah mengambil enam langkah bagi membendung kebarangkalian tersebut.
1. Mewujudkan ‘Hydration Point’ bagi mengatasi keadaan dehidrasi.
2. Hospital siap siaga (standby) menerima dan mengendalikan mangsa semasa berlangsungnya konsert.
3. Trailer mesej (poster/video) mengenai bahaya dadah dan tindakan yang perlu dilakukan oleh orang terdekat semasa berlakunya kecemasan.
4. Menyediakan pasukan perubatan.
5. Penempatan anjing pengesan (K9) untuk kawalan keselamatan.
6. Merokok dan vape adalah dilarang di kawasan fasiliti di bawah KBS termasuk Kuala Lumpur Sports City (KLSC) dan Sepang International Circuit (SIC).
“Semua inisiatif ini dirangka bagi membina kesedaran proaktif dalam kalangan belia, keluarga, dan komuniti.
“Kerjasama erat dengan agensi kerajaan dan NGO akan diteruskan demi memastikan matlamat ‘Belia Bebas Dadah’ tercapai secara holistic,” jelas Hannah.