Berita

MEMBUKA LEMBARAN RMKe-13: Hala Tuju Pembangunan Negeri Sembilan 2026

SEREMBAN: Exco (Kanan) Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi Negeri Sembilan, Dato’ Seri Jalaluddin Alias telah menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNG) yang memfokuskan kepada persediaan rapi untuk rakyat Negeri Sembilan.

“Memasuki tahun pertama RMKe-13, kita mahu memastikan setiap projek pembangunan yang dirancang bukan sekadar di atas kertas, tetapi memberi impak nyata kepada ekonomi setempat.

“Dua perkara utama yang menjadi tumpuan iaitu Pelaksanaan RMKe-13 – Penyelarasan projek berimpak tinggi merentas daerah bagi memastikan infrastruktur dan ekonomi negeri terus mampan.

‘Keduanya, Noktah Miskin Tegar – Kita meneliti statistik terkini tahun 2026.

“Matlamat kita jelas, jumlah ini mesti dikurangkan melalui intervensi yang tepat sasaran.

“Kita tidak mahu ada rakyat yang tercicir daripada arus pembangunan.

“Pembangunan fizikal itu penting, namun kesejahteraan rakyat adalah keutamaan yang paling utama. Kerja kuat diteruskan,” kata Jalaluddin yang juga Exco (Kanan) Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button