Mohamad Hasan rasmi Surau Tok Juta, Kampung Kanchung

REMBAU: Ahli Parlimen Rembau, Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan merasmikan bangunan baharu Surau Tok Juta, di Kampung Kancung.
“Surau ini dibina semula di bawah program Kampung Angkat Madani Kementerian Luar Negeri.
“Alhamdulillah, surau lama yang berusia hampir 100 tahun, yang dibina semula, agar dapat digunakan untuk kemudahan penduduk setempat khususnya semasa bulan Ramadhan ini,” kata Mohamad Hasan.
Dalam pada itu, Mohd Hasan telah menziarahi dan menyerahkan sumbangan kerusi roda kepada Idris Hasan di Rumah Rakyat Nyatoh, Rantau yang kini diuji dengan penyakit kencing manis dan lumpuh sebelah badan kanan.
“Saya berharap sumbangan kerusi roda ini membantu ahli keluarga menguruskan pergerakan dan rutin harian Saudara Idris.
“Saya mendoakan semoga beliau cepat sembuh, Insya Allah,” ujar Mohamad Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau.