Lebih 100 pelajar sekolah DUN Linggi dapat beg sekolah percuma

LINGGI: Pejabat Khidmat Rakyat DUN Linggi telah menganjurkan program Gunting Rambut Percuma sempena Kembali Ke Sekolah kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Linggi, Dato’ Mohd Faizal Ramli berkata, program anjuran bersama Persatuan Mahasiswa Anak Port Dickson, GIATMARA, Kelab Sukan dan Rekreasi Berani dan Berjasa serta Yayasan Bank Rakyat telah diadakan di Dewan Orang Ramai Linggi bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 4.30 petang.
“Seramai lebih 100 pelajar sekolah telah hadir menyertai program ini dan mereka telah dihadiahkan beg sekolah percuma.
“Rata-rata ibu bapa mengucapkan terima kasih di atas penganjuran program ini dan sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban mereka dalam persiapan untuk kembali ke sekolah bermula Isnin ini.
“Terima kasih saya ucapkan kepada semua urusetia dan wakil dari GIATMARA yang menjayakan program.
“Insyah Allah kita akan tambah baik lagi program ini pada masa akan datang,” kata Mohd Faizal.