BeritaMenarik

MPPD dan MDT terima penghargaan daripada Aminuddin

SEREMBAN: Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) menerima Anugerah Bandar Bahagia bagi tahun 2024 daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun.

Manakala Majlis Daerah Tampin (MDT) menerima anugerah Apresiasi Khas Komuniti Bahagia.

Penyampaian Penghargaan ini adalah kerana MPPD telah tersenarai sebagai 10 Bandar Paling Bahagia dengan skor 4.99 dari 5.00 dan penghargaan turut diberikan kepada MDT kerana telah dianugerahkan Apresiasi Khas Komuniti Bahagia dengan skor 4.95.

Majlis penyampaian anugerah ini berlangsung selepas Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) Negeri Sembilan Bil.3/2024 di Wisma MBS, Forest Height.

Turut hadir, Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, YB J.Arul Kumar.

Show More

Related Articles

Back to top button