Berita

“Mulakan perubahan, kepulihan pilihan anda”

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menyediakan perkhidmatan rawatan dan pemulihan secara sukarela kepada individu yang menghadapi masalah penagihan dadah dan bahan.

Inisiatif ini dilaksanakan melalui Rawatan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK) dan Rawatan Pemulihan Dalam Institusi (RPDI) bagi membantu individu kembali menjalani kehidupan yang sihat, produktif dan bebas daripada pengaruh dadah.

Melalui pendekatan model i-PULIH AADK yang merangkumi aspek biologi, psikologi, sosial dan spiritual, program pemulihan dirancang mengikut keperluan individu dengan penglibatan keluarga serta sokongan komuniti.

Perkhidmatan ini juga dilaksanakan secara selamat, rahsia, tanpa tindakan perundangan dan percuma, bagi memberi ruang kepada mereka yang ingin berubah dan membina masa depan yang lebih baik.

AADK komited menyediakan fasiliti rawatan dan pemulihan di seluruh negara melalui rangkaian Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) dan Pusat Khidmat AADK bagi memastikan akses kepada perkhidmatan pemulihan yang menyeluruh dan berkesan.

Sekiranya anda atau insan tersayang memerlukan bantuan, hubungi talian bebas tol AADK 1-800-22-AADK (2235) atau WhatsApp 019-626 2233.

Kepulihan Anda, Matlamat Kami.

Show More

Related Articles

Back to top button