Berita

Mustapha mahu anak Palong wakil Negeri Sembilan

PALONG: Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-41 Tahun 2024 Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Palong 3 telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Palong, Mustapha Nagoor.

“Syabas kepada pihak sekolah di atas penganjuran sukan tahunan ini.

“Selain ianya aktiviti yang menyihatkan tubuh badan, kejohanan ini diharapkan dapat melahirkan atlit-atlit yang berpotensi besar ke kejohanan lebih besar seperti SUKMA dan lain-lain.

‘Saya harap satu hari nanti ada pelajar dari SK Felda Palong 3 mewakili Negeri Sembilan dalam kejohanan sukan peringkat kebangsaan,” kata beliau yang juga Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button