Berita
Nasir sumbang RM1,000 kepada Surau Taman Dato’ Abdul Samad
BAGAN PINANG: Pengurusan Surau Taman Dato’ Abdul Samad menerima sumbangan RM1,000 daripada Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman.
“Sumbangan ini bagi membantu pengurusan surau menjalankan aktiviti ibadah dan kemasyarakatan di surau ini,” kata Nasir.
Sementara itu, Nasir menyertai aktiviti gotong-royong memasak dodol cair sempena Aidilfitri di Taman Intan Perdana Fasa 2B.