Berita

Negeri Sembilan catat hasil kutipan RM541.29 juta

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan berjaya mencatatkan hasil kutipan negeri sebanyak RM541.29 juta yang berakhir pada Disember lalu.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, kutipan tersebut berjaya melebihi sasaran sebanyak RM450 juta.

“Walaupun Belanjawan 2023 lalu menganggarkan defisit sebanyak RM108.96 juta, tetapi Kerajaan Negeri berjaya mengubah anggaran tersebut menjadi surplus sebanyak RM4.79 juta.

“Ia merupakan tahun kedua berturut-turut Kerajaan Negeri berjaya menukar defisit kepada surplus.

“Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada semua pejabat pemungut hasil khususnya Pejabat Kewangan dan Perbendeharaan Negeri, Negeri Sembilan,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di sidang media pasca mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Wisma Negeri.

Show More

Related Articles

Back to top button