Berita

Negeri Sembilan kaji kaedah ‘underground water’ Jepun

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan sedang mengkaji satu kaedah yang dipanggil sebagai ‘underground water’ seperti di Jepun.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, kajian tersebut dilakukan setelah beliau dan delegasi mengadakan lawatan ke Jepun.

“Ini bagi melihat adakah ia mempunyai potensi untuk diguna pakai.

“Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan pembinaan empangan baru yang memerlukan pengambilan tanah baru.

“Ia juga sebagai salah satu langkah untuk menghadapi musim tengkujuh,” kata Aminuddin.

Aminuddin juga turut menjemput wakil daripada syarikat Ebara Fittsu untuk mengadakan lawatan ke Negeri Sembilan bagi melihat kadar kebolehlaksanaan kaedah tersebut di negeri ini.

Show More

Related Articles

Back to top button