Berita

Negeri Sembilan ke-3 rendah penagih dadah

SEREMBAN: Negeri Sembilan mencatatkan penurunan jumlah penagih dadah yang drastik pada tahun ini berbanding pada tahun lepas.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, kini berada di kedudukan ketiga terendah di Malaysia dari segi jumlah penagih dadah.

Hanya Perlis dan Putrajaya sahaja yang berada di kedudukan bawah Negeri Sembilan.

“Rekod ini berjaya dicapai hasil kerjasama dan komitmen Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), komuniti setempat dan pemimpin masyarakat di negeri ini.

“Rampasan dadah juga tinggi berbanding tahun sebelumnya dan ini menunjukkan bahawa kita dapat banteras makmal-makmal dadah yang ada di Negeri Sembilan.

“Saya dimaklumkan nilai rampasan dadah RM9 juta berbanding RM1.2 juta pada tahun sebelumnya.

“Ini satu pencapaian yag baik dan berani oleh pihak berkuasa bagi memastikan Negeri Sembilan bukan sarang dadah.

“Saya mengucapkan tahniah kepada pihak berkuasa di atas pencapaian ini,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Sidang Media Pasca Mesyuarat Exco di Wisma Negeri, Seremban sebentar tadi.

Show More

Related Articles

Back to top button