BeritaMenarik

Negeri Sembilan mahu lebih ramai pelajar sekolah ambil pengajian STEM

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan mahu lebih ramai pelajar sekolah menengah di negeri ini mengambil pendidikan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, kalau dahulu ramai pelajar suka mengambil bidang STEM, kini keadaan telah berubah.

“Pelajar sekolah ketika ini tidak mahu mengambil pendidikan STEM termasuk subjek Matematik Tambahan.

“Mereka lebih berminat belajar subjek yang agak mudah berbanding STEM.

“Ini antara cabaran kita untuk meneroka bidang pengajian yang baharu seperti Artificial Intelligence (AI).

“Maka Kerajaan Negeri akan bantu Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) untuk menggalakkan anak muda minat semula untuk belajar dalam bidang STEM.

“Kita mahu kelas-kelas Sains penuh seperti dahulu,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian dalam sesi Town Hall ‘Sejahtera Waghih Nogori’ bersama pelajar anak Negeri Sembilan di institut pengajian tinggi yang diadakan di Dewan Komuniti Taman Coral Height.

Show More

Related Articles

Back to top button