Berita

Negeri Sembilan mohon pembinaan sekolah baharu kepada Kerajaan Persekutuan

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan telah memohon kepada Kerajaan Persekutuan bagi pembinaan beberapa sekolah baharu di negeri ini.

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan, Arul Kumar berkata, beliau telah menghadiri Mesyuarat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersama Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri-Negeri (MEXCOPT) Bil 1 Tahun 2025 di Putrajaya yang telah dipengerusikan oleh menterinya, Nga Kor Ming.

“Antara yang dibincangkan termasuk draf garis panduan perancangan sekolah vertical di skim perumahan berbilang tingkat.

“Buat masa ini di Negeri Sembilan kita mempunyai tanah-tanah rizab sekolah yang secukupnya dan ia adalah salah satu syarat dalam pembangunan kawasan perumahan.

“Kerajaan Negeri juga telah mencadangkan beberapa tapak untuk pembinaan sekolah kepada Kerajaan Persekutuan dan ada yang telah diluluskan dan ada yang masih dalam pertimbangan,” kata Arul Kumar.

Show More

Related Articles

Back to top button