BeritaMenarik

Negeri Sembilan prihatin bantu peniaga kecil tingkatkan taraf ekonomi

SEREMBAN: Majlis Bandaraya Seremban (MBS) sentiasa prihatin dengan isu dan permasalahan warga bandar raya terutamanya berkaitan peniaga kecil dalam meningkatkan taraf ekonomi keluarga dan ekonomi setempat.

Justeru itu, Kerajaan Negeri melalui MBS sentiasa berusaha menyampaikan perkhidmatan berkualiti bagi meringankan kesejahteraan warga bandar raya Seremban termasuk aktiviti penjaja seperti berikut:

i. Menyediakan tapak penjaja baharu.
ii. Menyediakan bantuan kewangan kepada penjaja yang layak.
iii. Menyediakan kiosk di lokasi terpilih.
iv. Menaiktaraf gerai penjaja.
v. Mengecualikan caj bayaran lesen untuk tempoh tertentu.

Setiap perniagaan dalam kawasan pentadbiran MBS perlu mendapatkan kebenaran secara bertulis dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan, termasuk aktiviti penjaja.

Langkah ini adalah bertujuan untuk membendung pelbagai isu iaitu:

i. Isu Keselamatan Makanan – Risiko penyedia makanan dan pencemaran makanan yang boleh menjejaskan kesihatan awam.

ii. Isu Keselamatan Pengguna Jalan Raya – Pelanggan ‘Drive Thru’ dan isu berniaga di lampu isyarat atau laluan keluar/masuk simpang yang membahayakan pengguna jalan raya akan menyebabkan masalah meletakkan kenderaan yang boleh menyebabkan gangguan lalu lintas serta berisiko kemalangan.

iii. Isu Kebersihan dan Isu Meninggalkan Barang Berniaga di tapak niaga – Sisa dan sampah penjaja/pelanggan boleh menyebabkan penyebaran penyakit bawaan vektor dengan kehadiran haiwan perosak seperti tikus, lipas, burung gagak, babi hutan dan anjing liar.

iv. Isu Kerosakan atau Binaan Tanpa Kebenaran di kawasan awam akan menyebabkan struktur khemah, gerai kekal di tempat awam.

v. Isu Landskap dan Imej Bandaraya – Penjaja yang tidak teratur menyebabkan kecacatan landskap dan imej bandaraya.

vi. Isu Menggaji Pekerja Warga Asing.

MBS telah menerima komen dan aduan daripada wakil rakyat meliputi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkaitan aktiviti penguatkuasaan MBS terhadap penjaja kecil yang telah merampas barangan mereka.

Berikut merupakan Prosedur Penguatkuasaan Penjaja Tanpa Lesen yang tidak melibatkan isu keselamatan:

i. Notis bertempoh kepada pemilik perniagaan namun penerima notis boleh memohon rayuan lanjutan tempoh,

ii. Notis Kompaun kepada pemilik yang tidak mematuhi notis bertempoh namun penerima kompaun boleh membuat rayuan bagi jumlah kompaun,

iii. Sitaan terhadap barang yang ditinggalkan di tempat awam selepas tamat perniagaan namun pemilik boleh membuat rayuan untuk mendapatkan semula barang-barang yang disita.

Sehubungan dengan itu, bagi mengatasi isu tersebut MBS telah menyediakan beberapa inisiatif bagi membantu peniaga di dalam kawasan pentadbiran MBS iaitu:

i. Menyediakan sebanyak 670 bilangan petak bagi Tapak Penjaja Setempat.

ii. Menyediakan 79 unit pusat penjaja berstruktur tiang dan berbumbung.

iii. Menyediakan 80 unit MyKiosk dan telah diserahkan kepada peniaga manakala 50 unit lagi sedang dalam kerja-kerja pemasangan.

iv. MBS telah menyampaikan bantuan berjumlah RM300 kepada 141 peniaga pada tahun 2024 iaitu bersamaan dengan RM42,300.

v. Pengecualian lesen penjaja telah diberikan kepada sejumlah 4,380 penjaja.

Sebagai Pihak Berkuasa Tempatan, MBS bertanggungjawab memastikan undang-undang dan peraturan dipatuhi demi kesejahteraan seluruh warga bandar raya Seremban tanpa mengecualikan mana-mana pihak.

MBS meminta warga bandar raya Seremban yang mempunyai sebarang aduan/pertanyaan/cadangan boleh mengemukakan melalui SISPAA MBS mbseremban.spab.gov.my atau muat turun secara percuma Aplikasi Respon Rakyat atau boleh juga hubungi terus di-talian 06- 765 4444.

Show More

Related Articles

Back to top button