Berita

Nidzam Jamil kemudi NSFC musim depan?

SEREMBAN: Bekas jurulatih pasukan Selangor FC, Mohd Nidzam Jamil dikhabarkan bakal mengemudi pasukan Negeri Sembilan Football Club (NSFC) musim hadapan.

Khabar angin ini timbul selepas Jurnalis Sukan, Zulhelmi Zainal Azam membuat satu hantaran di media sosialnya mengatakan bahawa pengendali berusia 45 tahun itu memilih NSFC sebagai destinasi baharu beliau.

Turut sama, bekas pemain NSFC Khuzaimi Piee yang bermain di Selangor FC serta penjaga gawang KL City FC, Azri Ghani bakal menambahkan lagi kekuatan skuad Jang.

Nidzam yang digelar sebagai ‘Jurgen Klopp Malaysia’ ditagih sentuhannya bagi membantu skuad NSFC yang hanya mampu menamatkan kedudukan kedua tercorot pada musim ini selepas mencatatkan empat keputusan menang, empat seri dan 15 kali tewas pada musim ini.

Show More

Related Articles

Back to top button