Nikah tanpa izin catat 632 kes di Negeri Sembilan
SEREMBAN: Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Undang-Undang Keluarga, Jabatan Hal Ehwal Negeri Sembilan (JHEAINS) sejak tahun 2020 hingga Julai tahun ini.
Jumlah tertinggi adalah disebabkan oleh poligami sebanyak 315 kes dan sebanyak 102 kes berkahwin kerana keluarga tidak bersetuju.
Manakala, sebanyak 26 kes adalah tidak tahu prosedur perkahwinan dan menganggap prosedur perkahwinan menyusahkan sebanyak 21 kes.
Masyarakat hari ini masih kurang pengetahuan akan akibat tidak mendaftarkan perkahwinan di negara ini yang mampu menjadi faktor pelbagai masalah kemudian hari.
Antara masalah yang bakal dihadapi adalah pendaftaran semula pernikahan yang memerlukan proses dokumentasi dan pengesahan mahkamah.
Pendaftaran kelahiran anak juga menjadi sulit kerana memerlukan pengesahan taraf nasab dan kewarganegaraan yang akhirnya mengakibatkan mereka sukar mendapatkan bantuan perubatan, pendidikan dan perkahwinan.
Janganlah disebabkan nafsu sementara, menanggung payah selamanya.
Selain itu, pembahagian harta pusaka kepada waris juga akan menghadapi kesukaran kerana kegagalan mendapatkan dokumen pernikahan yang diiktiraf.