Berita
Nilai perdagangan negara melepasi RM3 trilion

Dalam Amanat Tahun Baharu 2026, Menteri MITI, YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyatakan bahawa daya saing Malaysia dibina melalui pelaksanaan yang konsisten serta pelaburan berkualiti.
Selari dengan aspirasi tersebut, prestasi perdagangan Malaysia 2025 yang diumumkan pada 20 Januari lalu mencatat pencapaian membanggakan apabila nilai perdagangan negara melepasi RM3 trilion.
Ianya mencerminkan keyakinan global terhadap kekuatan ekonomi dan ekosistem perdagangan Malaysia.
MITI bersama agensi berkaitan akan terus memperkukuh rantaian bekalan negara, memperkasa pendekatan kerja yang menyeluruh serta menyokong pembangunan PKS, demi membuka lebih banyak peluang pertumbuhan kepada industri dan rakyat.



