Berita

NS Fest 2024 catat 800 ribu pengunjung

NILAI: Program NS Festival yang diadakan pada tahun ini di Dataran Nilai mencatatkan kehadiran pengunjung hampir 800 ribu orang.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, program tersebut juga merekodkan nilai jualan dan potensi jalinan perniagaan lebih RM9 juta.

“Pada tahun ini juga di dalam NS Fest, kita mempamerkan keunikan Adat Perpatih di Negeri Sembilan selain daripada keistimewaan etnik kaum Cina, India dan Orang Asli melalui penganjuran serentak Perpatih Fest.

“Turut meriah apabila kita berjaya mencatatkan satu lagi sejarah dalam Malaysia Book of Record melalui pemakaian telepok terbanyak.

“Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung,” kata Aminuddin.

Dalam program sama, Aminuddin turut merasmikan soft-launch Pesta Bola Ngoca 2024.

“Pada 14 dan 15 September ini kita akan adakan pertandingan bola sepak ngoca dengan hadiah rebutan bernilai RM62,500 keseluruhan.

“Oleh itu, moh ramai-ramai ke Stadium Pesta Bola Ngoca di Perkampungan Budaya Terachi, Kuala Pilah,” ujar beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button