BeritaMenarikProgram

NS Fest dan Perpatih Fest: Bermula 27 Julai hingga 3 Ogos

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan menganjurkan festival NS Fest dan Perpatih Fest secara serentak bermula 27 Julai hingga 3 Ogos ini di Dataran Nilai.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, NS Fest dan Perpatih Fest pada tahun ini akan diadakan selama lapan hari berbanding empat hari sebelum ini.

“Setiap kali kita anjurkan NS Fest ini, peniaga-peniaga meminta kita melanjutkan tempoh kerana sambutan yang amat baik daripada orang ramai.

“Peluang ini diminta oleh usahawan kita dan Kerajaan Negeri bersetuju mengadakan NS Fest selama lapan hari kerana NS Fest benar-benar memberikan manfaat besar kepada peniaga dan masyarakat.

“Menerusi NS Fest yang dianjurkan pada tahun-tahun sebelum ini, kita dapat memperkenalkan produk Negeri Sembilan, termasuk produk industri kecil dan makanan,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button