BeritaMenarik

NS FEST platform promosi produk usahawan mikro, kecil dan sederhana

NILAI: Penganjuran NS FEST 2024 adalah bertepatan dan selari dengan komitmen Kerajaan Negeri Sembilan untuk memperkukuh rantaian nilai Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), melonjak pertanian dan industri makanan serta mengoptimumkan potensi pelancongan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, selain itu, objektif penganjuran NS FEST 2024 ini adalah untuk mewujudkan satu program ‘branding’ yang sinonim dengan Negeri Sembilan dan mampu menjadi tarikan bukan sahaja kepada penduduk di Negeri Sembilan malahan juga dari negeri-negeri lain.

“NS FEST 2024 juga bertujuan untuk menyelaraskan kesemua program berskala kecil atau sederhana yang dilaksanakan oleh agensi dan jabatan kerajaan di peringkat Negeri Sembilan secara bersepadu supaya dapat menghasilkan impak yang lebih berkesan.

“Lazimnya festival ini merupakan gabungan tiga program utama di peringkat negeri iaitu Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Sembilan atau HPPNS, Bulan Usahawan Negeri Sembilan yang lebih dikenali sebagai Arena Usahawan, dan Negeri Sembilan Food Fest dengan enam kluster utama aktiviti iaitu Belia, Pendidikan, Sains dan Teknologi, Keusahawanan, Pelancongan dan Kebudayaan, Pertanian, Perkhidmatan dan Keagamaan, Kesihatan dan Kemasyarakatan,” jelas Aminuddin.

Aminuddin menambah, antara kelainan yang dibawakan bagi NS FEST pada tahun ini adalah buat julung kalinya program ini dianjurkan selama lapan hari berbanding penganjuran tahun-tahun sebelumnya iaitu hanya empat hari sahaja dan program ini akan dianjurkan bersekali dengan program Perpatih Fest.

“Selain itu, terdapat pelbagai pengisian program yang akan disajikan kepada pengunjung yang hadir ke NS FEST 2024, antaranya adalah jualan dan pameran produk usahawan kraftangan, jualan harga ladang, Malaysia Book of Record untuk pemakaian telepok terbanyak, persembahan artis tanah air dan banyak lagi,” kata Aminuddin.

 

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button