NILAI: NS Fest menawarkan peluang untuk pengunjung membeli produk kampung dan Negeri Sembilan dengan harga berpatutan.
Justeru itu, seorang pengunjung Mukhris Rosli, 41, dari Nilai mahu program NS Fest diteruskan pada tahun akan datang.
“Ini kali kedua saya berkunjung ke NS Fest.
“Saya melihat selain barang keperluan, NS Fest juga menawarkan jualan produk kampung dan produk Negeri Sembilan.
“Harga jualan barangan di NS Fest juga berpatutan.
“Penganjuran NS Fest oleh Kerajaan Negeri Sembilan sesuatu yang bagus dan wajar diteruskan,” ujar Mukhris yang juga bapa kepada tiga orang anak.