Berita

Oracle rancang labur RM27 billion di Malaysia

KUALA LUMPUR: Syarikat teknologi komputer terkemuka rancang untuk melabur sebanyak AS$6.5 billion (RM27.053 billion) bagi mewujudkan wilayah awan awam di Malaysia supaya dapat memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) dan awannya.

Dalam kenyataan pihak Oracle, wilayah awan yang bakal diwujudkan itu akan membolehkan pelanggan dan rakan kongsinya di Malaysia memanfaatkan infrastruktur serta perkhidmatan AI dengan memindahkan beban kerja yang penting kepada ‘Oracle Cloud Infrastructure’ (OCT).

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Dato’ Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pelaburan AS$6.5 billion oleh pihak Oracle di Malaysia amatlah dialu-alukan.

“Ini kerana secara tidak langsung ia akan memperkasakan entiti Malaysia terutamanya perusahaan kecil dan sederhana dengan AI dan teknologi awan yang inovatif dan termaju untuk meningkatkan daya saing global mereka.

“Keputusan yang dilakukan oleh mereka ini juga menekankan ketersediaan infrastruktur Malaysia dan kedudukan negara yang semakin kukuh sebagai destinasi utama Asia Tenggara bagi pelaburan digital,” kata Tengku Zafrul.

Dalam pada itu, Naib Presiden Eksekutif Oracle, Garrett Tlg berkata, Malaysia menawarkan peluang pertumbuhan unik untuk organisasi yang ingin mempercepat pengembangan masing-masing dengan teknologi digital terkini.

Pelaburan berbillion dolar kami mengesahkan komitmen Oracle kepada Malaysia sebagai pintu masuk serantau untuk infrastruktur awan serta set lengkap penggunaan SaaS (perisian sebagai satu perkhidmatan) yang digunakan di Malaysia,” kata Garrett.

Show More

Related Articles

Back to top button