BeritaMenarik

Pangsapuri Seremban Putra dan Casa Prima dapat lif baharu, kos RM3.3 juta

SEREMBAN: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah meluluskan peruntukan Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM) di dalam kawasan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dengan jumlah keseluruhan RM4.6 juta.

EXCO Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J.Arul Kumar berkata, peruntukan ini melibatkan Projek Penggantian Lif Madani 2.0 dengan kos RM3.3 juta.

“Ia membabitkan penggantian lima lif baharu di Pangsapuri Seremban Putra, Sikamat dan empat lif baharu di Pangsapuri Casa Prima, Lobak.

“Sebanyak RM1.3 juta pula diperuntukkan untuk projek pembangunan.

“Projek pembangunan ini meolibatkan kerja-kerja menaik taraf seperti berikut:

šŸ“Apartment Cempaka 1 – Menaiktaraf sistem retikulasi

šŸ“Apartment Ixora, S2 – Menaiktaraf sistem retikulasi

šŸ“Flat Taman Makmur – Menaiktaraf bumbung

šŸ“Flat Taman Bukit Nibong – Mengecat bangunan

šŸ“Pangsapuri Kos Rendah Matahari Heights – Menaiktaraf harta Bersama

šŸ“Pangsapuri Taman Nilai 3 – Menaiktaraf paip sanitari

šŸ“Rumah Pangsa Rakyat Pajam – Menaiktaraf sistem retikulasi

šŸ“Pangsapuri Nilai Perdana – Menaiktaraf cerun

šŸ“Pangsapuri Cempakapuri Fasa 1 & 2 – Membaikpulih bumbung

Arul Kumar berkata demikian, kepada Negeri Kita, setelah meninjau lif-lif yang rosak dan yang akan digantikan dengan lif yang baharu di Pangsapuri Seremban Putra, Sikamat.

Show More

Related Articles

Back to top button