BeritaKolumnisVideo

Pantai Negara Tanggungjawab Bersama

PORT DICKSON: Pantai Negara Tanggungjawab Bersama merupakan tema bagi Sambutan Hari perancangan Bandar Sedunia pada tahun ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, pemilihan tema itu bagi mempromosikan Port Dickson sebagai Bandar Pelancongan Persisiran Pantai Bertaraf Antarabangsa.

“Port Dickson juga ditetapkan sebagai Bandar Pantai Peranginan Negara dan Zon Wellness di dalam Rancangan Struktur Negeri Sembilan (RSNS) 2045.

“Disebabkan itu, beberapa kawasan persisiran pantai Port Dickson dikategorikan sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) yang perlu dipelihara,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Perasmian Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia.

Dalam pada itu, Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) turut menerima geran Khas sebanyak RM400,000.

Geran Khas tersebut diberikan bagi membantu MPPD melaksanakan Projek Bandar Pintar pada tahun 2025.

Ini selari dengan penarafan MPPD sebagai ‘Smart City Early Adopter’ di Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Kebangsaan di Hotel Everly pada Oktober lalu.

Show More

Related Articles

Back to top button