Berita

Pelajar cemerlang SPM dapat RM24,000 daripada Aminuddin

SEREMBAN: Seramai 24 orang anak Negeri Sembilan yang telah mencapai kecemerlangan luar biasa dengan memperoleh keputusan semua A+ dalam Peperiksaan SPM 2024, menerima insentif berjumlah RM24,000 daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun.

Aminuddin berkata, kejayaan anda adalah inspirasi kepada kita semua dan ini membuktikan bahawa dengan usaha gigih dan dedikasi, tiada yang mustahil untuk dicapai.

“Seramai tiga pelajar memperoleh keputusan 11 A+, tiga lagi pelajar mencatat keputusan 10 A+ dan 18 pelajar mencapai keputusan 9 A+.

“Semua 24 pelajar cemerlang ini telah menerima insentif RM1,000 setiap seorang.

“Semestinya kejayaan ini adalah hasil penat lelah anda. Tetapi jangan sesekali kita lupa insan-insan yang telah bersama mencipta kejayaan anda.

“Ibu ayah, tidak pernah kenal erti penat lelah. Guru-guru, tidak pernah kenal erti jemu.

“Doa mereka kepada kalian tidak putus-putus. Jangan kita lekas mendongak ke langit. Selalulah melihat di sekeliling kita. Kerana kejayaan kita hari ini tidak datang sekelip mata,” kata Aminuddin.

Menurut Aminuddin lagi, ini hanyalah langkah mula bagi anak-anak semua dalam hidup yang penuh dengan cabaran.

“Teruskan mencipta kejayaan. Jangan mudah mengalah jika cabaran yang akan datang lebih sukar.

“Semakin sukar cabaran, semakin tinggi komitmen kita.

“Semoga anak-anak semua diberikan kekuatan dalam menghadapi fasa peringkat pendidikan yang lebih tinggi selepas ini.

“Marilah kita bersama-sama berdoa agar Allah S.W.T. memberkati usaha kita semua dan menganugerahi kejayaan yang lebih gemilang kepada anak-anak didik Negeri Sembilan pada masa hadapan,” ujar beliau.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Anugerah Kebitaraan Akademik SPM 2024 di Klana Resort, Seremban.

Berikut senarai pelajar yang menerima Anugerah Kecemerlangan SPM Tahun 2024 (Semua A+):

BIL NAMA PELAJAR KEPUTUSAN SPM 2024 NAMA SEKOLAH
1 Adib Zafran Aminuddin 11 A+ SMKA Sheikh Mohd Said, Seremban.
2 Muhammad Nur Daie Masli 11 A+ SMKA Sheikh Mohd Said, Seremban.
3 Theertanah Muthuraman 11 A+ SMK Dato’ Mansor, Bahau.
4 Chew Koy Zun 10 A+ SMK Chan Wa II, Seremban
5 Ahmad Imtiyaz Ahmad Khairi 10 A+ SM Datuk Abdul Razak, Seremban
6 Ihsan Muhymeen Irfan Satria 10 A+ SM Datuk Abdul Razak, Seremban
7 Chin Shun Yik 9 A+ SMK St.Paul, Seremban
8 Muhammad Arsyad Mohd Sultan 9 A+ SMK St.Paul, Seremban
9 Ng Yan Lin 9 A+ SMK Puteri, Seremban
10 Nor Nadhirah Aina Wan Fazrul 9 A+ SMK Taman Semarak, Nilai
11 Muhammad Ameer Ariff Mohd Syukri 9 A+ SMK Sains Tuanku Munawir, Seremban
12 Muhammad Haziq MD.Hairul Nizam 9 A+ SMK Sains Tuanku Munawir, Seremban
13 Muhammad Zarif Adli Yusri Izzudin 9 A+ SMK Sains Tuanku Munawir, Seremban
14 Adam Muhammad Luqman 9 A+ SMK Sains Tuanku Munawir, Seremban
15 Anna Natasha Mohd Khairil 9 A+ Kolej Tunku Kurshiah, Seremban
16 Ferra Qaisara Muhammad Firdaus 9 A+ Kolej Tunku Kurshiah, Seremban
17 Nurul Akma Azwa Farhana Ramli 9 A+ Kolej Tunku Kurshiah, Seremban
18 Nurul Farhana Zulkifli 9 A+ Kolej Tunku Kurshiah, Seremban
19 Qurratul Ain Razman 9 A+ Kolej Tunku Kurshiah, Seremban
20 Adam Zafri Mohamad Zamri 9 A+ SM Datuk Abdul Razak, Seremban
21 Nadhrah Ibtisam Khairul Anwar 9 A+ SMK Batu Kikir
22 Hamshini Karthikeyan 9 A+ SMK Seremban Jaya 2
23 Ahmad Maliki Mat Zuki 9 A+ SM Sains Rembau
24 Nurin Maisarah Abdul Kadir 9 A+ SM Sains Rembau
Show More

Related Articles

Back to top button