Berita
Pelajar IPT, PIBG dan persatuan terima sumbangan kewangan daripada Ismail
SENALING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senaling, Datoβ Ismail Lasim telah menyampaikan sumbangan kewangan kepada PIBG sekolah, persatuan-persatuan dan juga menyampaikan bantuan Institut Pendidikan Tinggi kepada penerima di Pusat Khidmat Rakyat Khidmat DUN Senaling.
“Sumbangan ini diharap dapat membantu menggerakkan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh sekolah-sekolah dan juga persatuan-persatuan sekaligus mengurangkan beban para penerima dan juga membantu menaikkan motivasi dan semangat moral semua penerima sumbangan,” kata Ismail.