YB Kita

Pelajar lanjut pengajian ke Jepun terima sumbangan kewangan daripada Suhaimi

KOTA: Seorang pelajar dari Kampung Sawah Raja yang akan melanjutkan pengajian ke Jepun, telah menerima sumbangan kewangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota, Suhaimi Aini.

Suhaimi berkata, Nurul Ashikin Binti Nurbakri telah ditawarkan pengajian di University Hokkaido dalam bidang Sains Sosial dan Politik di bawah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam selama empat tahun.

“Kami tumpang bangga dengan pencapaian anak kampung yang terpilih hingga ke peringkat ini.

“Semestinya tiada ungkapan lain selain dari memberi pesanan supaya belajar rajin-rajin, beri tumpuan sepenuhnya pada pelajaran sepanjang berada di negara orang dan pulang nanti membawa kejayaan yang cemerlang dan menjadi kebangaaan kepada ibu, keluarga dan orang kampung.

“Semoga sumbangan kewangan ini sedikit sebanyak meringankan perbelanjaan awal persiapan sebelum berangkat ke Jepun,” kata Suhaimi.

Dalam pada itu, Suhaimi turut merakamkan penghargaan kepada JPKK Kampung Sawah Raja serta kepimpinan UMNO setempat termasuk sayap wanita dan pemuda yang sentiasa cakna dan prihatin terhadap keperluan penduduk kampung.

Show More

Related Articles

Back to top button