Berita
Pelajar, PIBG dan NGO terima bantuan kewangan daripada Veerapan
REPAH: Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, Veerapan Superamaniam telah menyampaikan sumbangan kewangan kepada beberapa pihak termasuk pelajar, PIBG, NGO dan keluarga B40 yang memerlukan.
“Saya telah menyerahkan sumbangan sebanyak RM3,000 kepada PIBG Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang St.Helier, Bahau.
“Manakala Persatuan Kebajikan Pemandu-Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Bandar Lukut, Port Dickson menerima sumbangan RM2,500.
“Semoga sumbangan ini digunakan sebaik mungkin dan dimanfaatkan demi pembangunan masyarakat termasuk golongan pelajar,” kata Veerapan yang juga ADUN Repah.