Berita
Pemain hoki wanita terima RM500 daripada Aminuddin
SEREMBAN: Pemain dan pegawai pasukan hoki wanita Negeri Sembilan menerima imbuhan khas RM500 daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.
“Tahniah diucapkan kepada pasukan hoki wanita Negeri Sembilan yang berjaya mengatasi pencabar terdekat mereka KPT-UNITEN Thunderbolts dengan jaringan 1-0 dalam liga TNB Malaysia Hockey League 2022 (TNB MHL 2022).
“Sebagai penghargaan terhadap usaha para pemain dan pegawai, saya telah menyampaikan imbuhan khas berjumlah RM500 kepada setiap pemain dan pegawai pasukan.
“Semoga Negeri Sembilan terus menggungguli carta dan seterusnya muncul juara liga ini,” kata Aminuddin.
Gol tunggal dijaringkan oleh Hanis Nadiah Onn.