Berita
Pemberian inisiatif hasil kestabilan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

LINGGI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Linggi, Dato’ Mohd Faizal Ramli berkata bahawa pemberian inisiatif merupakan hasil daripada kestabilan politik dan kemakmuran negeri.
“Ia membolehkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan memberi sumbangan,” kata Mohd Faizal.
Faizal berkata demikian sewaktu memberikan sumbangan keceriaan warga emas di Dewan ORang Ramai Bagan Pinang.
“Seramai 300 orang penerima yang hadir untuk menerima wang tunai RM200 secara one eoff.
“Sumbangan yang kali ini diberikan kepada warga emas beragama Islam.
“Hal ini kerana mereka akan menyambut Aidilfitri tak lama lagi.
“Moga inisiatif ini menceriakan lagi mereka,” ujar beliau lagi.



