Pengeluaran hasil perikanan negara meningkat

Pengeluaran perikanan negara bagi tahun 2024 mencatat peningkatan yang positif, sekali gus mencerminkan usaha berterusan Kerajaan dalam memperkukuh keterjaminan makanan negara.
Secara keseluruhan, pengeluaran perikanan meningkat 7.1 peratus kepada 1.91 juta tan metrik, berbanding 1.79 juta tan metrik pada tahun 2023 (tidak termasuk ikan hiasan dan tumbuhan akuatik).
Peningkatan ini didorong oleh:
✅ Perikanan tangkapan yang meningkat 9.6 peratus, menunjukkan hasil laut negara terus menyumbang secara signifikan.
✅ Akuakultur yang kekal stabil dengan peningkatan 1.0 peratus, sebagai sumber bekalan penting dan mampan.
✅ Perikanan darat turut mencatat peningkatan 2.3 peratus.
Walaupun terdapat penurunan dalam subsektor ikan hiasan dan tumbuhan akuatik, perkara ini sedang diteliti dan langkah penambahbaikan akan terus dilaksanakan.
Kementerian akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan sektor perikanan yang mampan, meningkatkan pendapatan nelayan dan pengusaha akuakultur, serta memastikan bekalan makanan laut negara kekal mencukupi, selamat dan mampu milik untuk rakyat.

