Berita

Penggunaan beg biodegradasi hampir 100 peratus di Pasar Besar Seremban

SEREMBAN: Hampir semua peniaga di Pasar Seremban telah menggunakan beg biodegradasi bagi menggantikan beg plastik.

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan, J.Arul Kumar berkata, hal ini adalah disebabkan usaha Kerajaan Negeri yang melarang penggunaan beg plastik sekali guna di semua premis perniagaan.

“Larangan yang dilaksanakan tersebut juga turut termasuk dalam syarat permohonan lesen perniagaan.

“Kita juga amat mengalu-alukan penggunaan ‘reusable bag’, dan di sini mempunyai kemudahan sekiranya pengunjung terlupa, mereka boleh meminjam beg yang telah tersedia dan pulangkan semula apabila sudah selesai.

“Walaupun begitu, kita sedar bahawa tidak semua akan memulangkan beg tersebut semula.

“Tetapi bagi saya, tanggungjawab itu perlu lahir dengan sendiri dalam diri setiap orang.

“Jika kita sama-sama mempunyai tanggungjawab itu kita boleh mengurangkan apa sahaja jenis beg dan sama-sama boleh menjaga alam sekitar kita untuk generasi akan datang,” kata Arul Kumar.

Show More

Related Articles

Back to top button