Sebelum ini semua majikan yang mengaji pekerja asing telah diberikan tempoh masa tiga bulan untuk menempatkan pekerja mereka di penginapan yang diperakui oleh Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sembilan (JTKNS) dan diberikan kebenaran oleh PBT.
Tempoh masa tersebut telah pun tamat dan maka semua majikan dan pengusaha Premis Makanan di Negeri Sembilan perlu menempatkan pekerja asing di Pusat Penginapan Pekerja Berpusat (CLQ) berdekatan atau yang disediakan oleh majikan yang mendapat kebenaran PBT serta diperakui oleh JTKNS dan jika gagal maka ianya menjadi suatu kesalahan dibawah akta 446.
Untuk makluman, mengikut data dan rekod JTKNS terdapat 21 Pusat Penginapan Pekerja Berpusat (CLQ) yang berdaftar selain yang disediakan oleh majikan sendiri.
Sebelum ini Kerajaan Negeri Sembilan telah menetapkan bahawa pekerja asing perlu ditempatkan di Pusat Penginapan Pekerja Berpusat (CLQ) atau yang disediakan oleh majikan yang telah diperakui oleh pihak JTK dan diberikan kebenaran oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Para majikan yang menggajikan pekerja asing juga dilarang sama sekali menempatkan mereka di kawasan perumahan selain memastikan mereka mempunyai dokumentasi yang sah di sisi undang-undang.
Keputusan ini bertujuan untuk menunjukkan sokongan dan komitmen bagi mendapatkan satu persekitaran yang kondusif bagi warga pekerja seterusnya meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja.
Tambahan daripada itu, melalui penyedia penginapan CLQ menyediakan kemudahan asas kepada mereka termasuk ruang riadah disamping dapat mengadakan pelbagai program termasuk kursus peningkatan kemahiran, program kesihatan serta keselamatan.
Saya juga ingin menegaskan bahawa kegagalan majikan untuk mendapatkan perakuan penginapan daripada pihak JTK adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 24D Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) di mana jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 50,000 bagi setiap kesalahan.
Justeru saya juga ingin meminta agensi penguatkuasaan termasuk JTKNS, PDRM dan JIM bertindak secara tegas dalam isu ini menerusi lunas undang-undang bagi memastikan tiada lagi pekerja asing yang ditempatkan di pusat penginapan haram ataupun kawasan perumahan.
Dengan ini, pihak Kerajaan Negeri Sembilan mengharapkan sokongan serta komitmen semua pihak termasuk semua majikan yang mengaji pekerja asing dalam merealisasikan usaha ini supaya isu penempatan pekerja asing dapat diurus dengan tersusun dan sistematik.
Sekian, terima kasih.
𝐕𝐞𝐞𝐫𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐩𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐧𝐢𝐚𝐦
EXCO 𝐊𝐞𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚𝐧, 𝐒𝐮𝐦𝐛𝐞𝐫 𝐌𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚, 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐈𝐤𝐥𝐢𝐦, 𝐊𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐩𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐚𝐚𝐧 Negeri Sembilan