BeritaMenarik

Penjawat awam dinasihatkan tidak terpedaya dengan penipuan ‘online’

SEREMBAN: Penjawat awam dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan tawaran tidak masuk akal.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, golongan pencen antara sasaran pihak scammer kerana mereka tahu gratuiti golongan ini banyak.

“Sebanyak 2,216 kes penipuan dalam talian (online) direkodkan di Negeri Sembilan dengan jumlah kerugian RM42 juta tahun lalu.

“Jumlah ini meningkat 192 kes berbanding tahun sebelumnya dengan kerugian RM37 juta.

“Tuan-tuan dan puan-puan jangan terpengaruh dengan pelbagai helah atau modus operandi scammer, kes penipuan membabitkan pembelian dalam talian, menjadi keldai akaun, terpedaya dengan tawaran tidak masuk akal, kes pinjaman tidak wujud ataupun love scam,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Penghargaan Pesara Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2023 di Palm Mall Hotel di sini.

 

Show More

Related Articles

Back to top button