BeritaMenarik

Penyertaan belia dalam aktiviti sukan perlu ditingkatkan

PUTRAJAYA: Kerajaan Persekutuan dengan kerjasama Kerajaan Negeri akan mengambil langkah yang sewajarnya bagi meningkatkan penyertaan belia dalam aktiviti sukan.

Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YB Mustapha Nagoor berkata, ini antara perkara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Penyelarasan Menteri/Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri (Bilangan 1 Tahun 2024) yang dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh di Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya.

“Mesyuarat ini merupakan satu platform penting di mana semua Exco Belia dan Sukan dari seluruh negeri berkumpul untuk membincangkan isu-isu semasa dan langkah penyelesaian mengenai belia dan sukan di peringkat akar umbi.

“Kehadiran saya dalam mesyuarat ini adalah sebagai wakil dari Negeri Sembilan dan sebagai komitmen kami dalam memastikan pembangunan belia dan sukan di Negeri Sembilan terus dipacu dengan efektif.

“Turut dibincangkan adalah berkenaan sambutan Hari Belia Negara,’ kata Mustapha.

Menurut Mustapha, beliau yakin dengan kerjasama yang kukuh antara kerajaan persekutuan dan negeri, ia dapat mencapai matlamat bersama dalam membangunkan potensi belia dan sukan di Malaysia.

“Terima kasih kepada YB Hannah Yeoh, serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan mesyuarat ini.

“Saya berharap hasil daripada mesyuarat ini akan membawa impak positif kepada pembangunan belia dan sukan di seluruh negara,” ujar Mustapha yang juga ADUN Palong.

Show More

Related Articles

Back to top button