Berita

Perjalanan tanpa had BAS.MY seluruh Negeri Sembilan hanya RM30 sebulan

SEREMBAN: Bermula 4 November 2025, pengguna perkhidmatan BAS.MY hanya perlu membayar RM30 bagi pas perjalanan untuk 30 hari.

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan, J.Arul Kumar berkata, dengan pas perjalanan ini, pengguna boleh menggunakan perkhidmatan bas berhenti-henti tersebut tanpa had di seluruh Negeri Sembilan.

“Sebelum ini pengguna perlu membayar RM50 untuk pas perjalanan tersebut dan kini telah diturunkan kepada RM30 sahaja atau bersamaan dengan RM1 sehari.

“Saya menggalakkan rakyat Negeri Sembilan menggunakan perkhidmatan BAS.MY.

“Manakala warga emas, OKU, pelajar sekolah, mahasiswa IPTA/IPTS boleh mendaftar untuk dapatkan Kad Konsesi dan boleh menggunakan BAS.MY secara percuma,” kata Arul Kumar.

Show More

Related Articles

Back to top button