Berita

Permohonan Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan kini dibuka

SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan melalui Yayasan Negeri Sembilan (YNS) telah mewujudkan satu inisiatif; Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan bagi membantu mahasiswa di universiti awam.

Inisiatif ini adalah buah fikiran Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun, apabila beliau mendapat laporan bahawa ada segelintir mahasiswa yang tidak cukup wang belanja sehingga ada yang terpaksa berlapar.

Justeru, bantuan ini telah diwujudkan sejak tahun 2019 bagi membantu mahasiswa anak Negeri Sembilan yang memerlukan.

Sila klik pautan di bawah bagi mendapatkan maklumat berkenaan cara, syarat dan kelayakan untuk memohon bantuan tersebut.

https://www.yns.gov.my/v7/ms

Sebarang pertanyaan sila hubungi Yayasan Negeri Sembilan di talian 06-7628046.

Show More

Related Articles

Back to top button