BeritaMenarik

Permohonan geran dan dana sukan telah dibuka

PUTRAJAYA: Selari dengan hasrat untuk merakyatkan sukan melalui pendekatan whole-of-nation, Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menyediakan beberapa dana untuk meningkatkan prestasi sukan, membudayakan gaya hidup cergas dan memacu industri sukan negara.

Menteri Sukan, Hannah Yeoh berkata, untuk tahun 2025, tiga dana yang disediakan untuk sukan adalah Geran Padanan Sukan (GPS), Dana Sukan Komuniti (DSK) dan Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN).

“Susulan daripada sambutan menggalakkan dan input yang diterima pada tahun 2024, KBS telah menambah baik mekanisma dan terma rujukan permohonan supaya faedah dana ini dapat meliputi penganjuran aktiviti sukan yang melibatkan 103 jenis sukan seperti yang disenaraikan dalam Jadual Pertama, Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576].

“Pelaksanaan inisiatif ini diharap dapat terus menggalakkan pembudayaan sukan dalam kalangan masyarakat, mengupaya kelab/pertubuhan sukan dan seterusnya meningkatkan prestasi atlet melalui penganjuran–penganjuran pertandingan sukan yang kompetitif di pelbagai peringkat,” jelas Hannah.

Show More

Related Articles

Back to top button