Berita

Permohonan Rumah harapan Rakyat 2026 kini dibuka

SEREMBAN: Permohonan bagi program Rumah Harapan Rakyat tahun 2026 kini telah dibuka.

Program ini adalah bertujuan membantu rakyat Negeri Sembilan yang mempunyai tanah sendiri tetapi berada dalam kategori berpendapatan rendah (B40) untuk memiliki rumah sendiri.

Melalui program ini juga pemohon akan dapat menikmati kadar pinjaman tanpa faedah.

Untuk tahun 2026, harga seunit rumah telah ditetapkan sebanyak RM85,000 dengan bayaran balik hanya RM270 sebulan selama 300 bulan (25 tahun).

Ini merupakan komitmen berterusan Kerajaan Negeri untuk meningkat kesejahteraan rakyat serta memastikan lebih ramai keluarga dapat menikmati kediaman yang selesa dan selamat.

Maklumat lanjut mengenai permohonan boleh dilakukan melalui pautan di bawah:

https://www.pknns.gov.my/inisiatif/program-rumah-harapan-rakyat-negeri-sembilan

Show More

Related Articles

Back to top button