Persatuan Penganut Dewi Sri Maha Karumariamman Taman Angsamas terima sumbangan RM,3000
REPAH: Persatuan Penganut Dewi Sri Maha Karumariamman Taman Angsamas telah menerima sumbangan kewangan sebanyak RM3,000 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, Veerapan Superamaniam.
Veerapan berkata, sumbangan tersebut adalah bagi membantu pihak persatuan melakukan aktiviti pembangunan masyarakat.
“Selain itu, mereka juga dapat memperkukuhkan peranan kuil dalam komuniti India khususnya.
“Sumbangan tersebut diserahkan kepada Pengerusi Kuil Dewi Sri Maha Karumaiamman,” kata Veerapan.
Dalam pada itu, Veerapan telah mengadakan Hari Bertemu Masyarakat di Pusat Khidmat DUN Repah.
“Program sebegini merupakan peluang bagi saya untuk mendengar rintihan orang awam.
“Melalui program ini, tindakan sewajarnya dapat diambil bagi menangani isu-isu yang dihadapi penduduk setempat.
“Saya akan terus memberi komitmen untuk berkhidmat dan memastikan kesejahteraan masyarakat di Repah sentiasa terpelihara,” tambahnya lagi.