YB Kita

PESTA PONGGAL DAERAH JELEBU 2026: Meraikan kemakmuran dan warisan

JELEBU: Ahli Parlimen Jelebu, Dato’ Seri Jalaluddin Alias telah merasmikan Pesta Ponggal Peringkat Daerah Jelebu yang diadakan di perkarangan Muzium Adat Kuala Klawang.

“Lokasi ini sangat bertepatan kerana Ponggal adalah sambutan yang penuh dengan nilai tradisi, kesyukuran, dan jati diri.

“Melihat periuk tanah melimpah dengan susu dan beras dengan ungkapan Ponggalo Ponggal — ia bukan sekadar simbol tuaian yang menjadi, tetapi simbol doa agar kemakmuran dan kegembiraan sentiasa melimpah-ruah buat seluruh warga Jelebu.

“Kepelbagaian budaya adalah kekuatan kita. Terima kasih kepada komuniti India Jelebu yang terus menghidupkan tradisi ini dengan penuh warna-warni.

“Semoga tahun 2026 ini membawa sinar baru buat kita semua,” kata Jalaluddin.

Show More

Related Articles

Back to top button