BeritaProgram

Pesta Rembau 2025

Hebahan Program Pesta Rembau Tahun 2025 ” Menyingkap Warisan, Melakar Masa Depan”.
Orang ramai dijemput hadir ke Program Pesta Rembau Tahun 2025 dengan bertemakan “Menyingkap Warisan, Melakar Masa Depan” yang julung kali diadakan pada:
Tarikh : 18 & 19 Julai 2025
Hari : Jumaat & Sabtu
Masa : 8:00 Pagi hingga 5:00 Petang
Tempat : Muzium Rembau,
Kampung Astana Raja, Rembau
Tujuan utama program ini diadakan ialah untuk memelihara dan menghidupkan warisan budaya tempatan agar seni, adat dan tradisi masyarakat Rembau terus diwarisi oleh generasi muda sebagai platform untuk mempersembahkan keunikan Adat Perpatih serta seni budaya seperti tarian, muzik tradisional dan kraftangan.
Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang program berlangsung bagi menarik lebih ramai pengunjung untuk memeriahkan program.
Antara pengisian aktiviti yang akan diadakan adalah seperti :
🌟 Pertandingan Masakan Unik Negeri Sembilan
🌟 Pertandingan Kolaj Keluarga
🌟 Pertandingan Mewarna Berbusana Tradisional (Kanak-Kanak)
🌟 Tiktok Challlenge @ Ghombau
🌟 Aktiviti Permainan Tradisional
🌟 Pameran jabatan dan agensi
🌟 Persembahan kesenian
🌟 Jualan Produk Tempatan
🌟 Jualan Rahmah Madani
🌟 Bicara Adat @ Sejarah
🌟 Jom Exchange Al-Quran (JEQ)
🌟 Pertandingan Karaoke
🌟 Khidmat Bakti RELA Madani
🌟 Perkhidmatan Kaunter Bergerak
Moh dogheh, jangan lupo lak yo, Waghih sumo kito ghamai-ghamai datang berkampung kek ghombau sok!
Ghombau Daerah Beradat!
Show More

Related Articles

Back to top button