Berita

Pires import terbaru skuad Jang

SEREMBAN: Negeri Sembilan FC (NSFC) telah menandatangani pemain import baharu iaitu Ricardo Pires Santos Junior.

Pires dikhabarkan akan menggantikan tempat yang ditinggalkan Mika Junior sekaligus beliau akan bergandingan bersama Takumi Sasaki, Hein Htet Aung dan Jacque Faye.

Beliau sebelum ini berjaya menjaringkan lapan gol dalam 16 perlawanan bersama Kanchanaburi FC dalam saingan Liga Thai 2 musim lalu.

Dalam pada itu, Ketua Jurulatih Negeri Sembilan, K. Nanthakumar berkata, beliau yakin bahawa Ricardo mampu menghasilkan sesuatu untuk pasukan, ditambah dengan kelincahan Takumi sebagai pemain yang kreatif, kepantasan Hein di bahagian saya serta kekuatan fizikal yang dimiliki Jacque Faye.

“Kami percaya kerjasama antara Ricardo dan pemain lain akan saling melengkapi.

“Selain itu,kita juga perlu memperbaiki kedudukan dalam carta liga dan saya harap kombinasi baharu barisan hadapan mampu mencipta kejayaan,” kata Nanthakumar.

Kemasukan Pires secara tidak langsung akan memberikan nafas baharu kepada pasukan, malahan akan memberikan semangat yang lebih tinggi dalam kalangan pemain dan penyokong skuad Jang.

Beliau juga dijangka akan membuat penampilan pertama dalam perlawanan Liga Super menentang Kelantan Darul Naim FC pada malam ini.

 

Show More

Related Articles

Back to top button