Lapan buah sekolah terima RM445 ribu daripada Loke
SEREMBAN: Sebanyak lapan buah sekolah telah menerima sumbangan kewangan berjumlah RM445 ribu daripada Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook.
Walau bagaimanapun, setiap sekolah menerima jumlah yang berbeza kerana ia bergantung kepada keperluan setiap sekolah.
Sekolah yang menerima sumbangan tersebut adalah seperti berikut:
a) Sekolah Menengah Kebangsaan Nilai Impian – RM68,200 (pembekalan 33 ‘smart projector’)
b) Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Said Nilai – RM60,000 (pembekalan peralatan dan kelengkapan bilik mesyuarat)
c) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua Mantin – RM60,000 (pembekalan 18 ‘smart projector’)
d) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Lenggeng – RM47,120 (pembekalan perabot)
e) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Putra Nilai – RM59,210 (pembekalan kerusi dan meja kantin)
f) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kampung Baru Broga – RM49,587 (pembekalan empat unit ‘smart board’)
g) Sekolah Kebangsaan Batang Benar – RM39,886 (Pembekalan ‘Android TV’)
h) Sekolah Kebangsaan Nilai Impian – RM61,157.50 (Pembekalan perabot perpustakaan)
Sumbangan tersebut diserahkan oleh Setiausaha Politik Menteri Pengangkutan, Wayne Ho Weng Wah.