Berita

PKNNS bawa cabaran Negeri Sembilan di Sukan Gemaputra

SEREMBAN: Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) akan mewakili Negeri Sembilan kejohanan Sukan Gemaputra XVII 2024 yang akan berlangsung di Pulau Pinang bermula 1 Julai hingga 6 Julai ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, Sukan Gemaputra merupakan acara Dwi Tahunan yang menggabungkan semua Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri di seluruh Malaysia.

“Seramai 50 atlet akan membawa cabaran kontinjen PKNNS dan para atlet ini bukan sahaja terdiri daripada kalangan warga PKNNS.

“Malah turut disertai oleh kakitangan anak syarikat PKNNS iaitu Negeri Roadstone Sdn Bhd dan Klana Resort.

“Selamat maju jaya dan semoga membawa pulang pingat emas keseluruhan kejohanan, Insya Allah,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Simbolik Penyerahan Bendera Kontinjen PKNNS ke Sukan Gemaputra XVII 2024.

Show More

Related Articles

Back to top button